manhal pmram
 
Selamat Datang ke Laman Rasmi MANHAL PMRAM ~Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar~ Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di manhal_pmram@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai oleh Us Nazrul sebelum dipaparkan disini Sebarang Soal-Jawab Agama, bolehlah melayari forum MANHAL sekarang dan sila mendaftar untuk menyertai forum tersebut. Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini

[UTAMA] [PENGENALAN] [FORUM]

[PMRAM] [HEWI ]
AL-AZHAR



MESIR
WAKTU UMPAMA PEDANG
MUTIARA KATA



"Kita memiliki cukup kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini walau seberat dan serumit apapun...kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita"


"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam..Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat.."


"Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas..."


"Jadilah bintang yang sentiasa berkelipan di malam hari, sentiasa cantik dipandang, takkan pudar cahayanya, walau berjuta yang memandangnya..."


"Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri."


Sesungguhnya hati yang dikasihi ALLAH adalah hati yang lembut, bersih, dan cekal....Cekal dalam beragama,Bersih dalam keyakinan,Lembut terhadap saudaranya...~Saidina Ali~



PERISIAN ILMIAH


AL-QURAN

HADIS

LAMAN ULAMA'

MAHASISWA MESIR

BIAH SOLEHAH
BIAH SOLEHAH
UNTUKMU PMRAM
Nisfu Sya'ban
Wednesday, July 30, 2008
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Syed Abd Kadir Al-Joofre

Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).

Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.

Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.

Ada fatwa ulamak kontemporari yang mengatakan perbuatan ini tiada asal dan bid'ah lagi haram. Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut. Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil.

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm: "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam

* Artikel diatas sekadar satu jawapan kepada persoalan yang dilontarkan di forum http://iluvislam.com
posted by manhalpmram @ 11:08 PM  
1 Comments:
  • At August 10, 2008 at 5:06 PM, Blogger Syamsuri Rifai said…

    Bid’ahkan Amalan di bulan Sya’ban dan Nishfu Sya’ban?

    Belakangan ini beredar tulisan yg mengatakan dhaif dan palsu hadis2 ttg keutamaan bulan Sya’ban dan amalannya, keutamaan Nishfu Sya’ban dan amalannya. Padahal sejatinya, tidak akan mengatakan dhaif apalagi palsu dan bid’ah ttgnya kecuali org yang dangkal ilmunya ttg ilmu hadis, dan tidak akan mengikutinya kecuali orang2 yang berilmu sempit ttg hadis dan ilmu hadis, ditambah wawasan keislaman yang terbatas.

    Kalau kita mau mengkaji secara mendalam ttg ilmu hadis dan sejarah ketokohan hadis, sejarah sejarah Islami, kita akan jumpai hadis2 yang dijadikan dasar utk mendhaifkan dan memawdhu’kan hadis2 ttgnya, sejatinya hadis2 itu sendiri yang dhaif dan mawdhu’, lalu dikaji secara dangkal oleh orang2 yg tak mendalam ilmunya, lalu diikuti oleh orang2 yg awam ttg Islam dan ilmu hadis, ditambah pemikiran yang sempit dan logika yg dangkal.

    Padahal sdr2ku, jika Anda mau meluangkan waktu utk membaca buku2 hadis dan ilmu hadis secara lebih mendalam, tentu Anda akan berkesimpulan bahwa hadis ttgnya banyak sekali melebihi tingkat kemutawatiran, dan telah diteliti oleh ulama2 besar ilmu hadis yg dapat dipercaya, berwawasan luas ttg keislaman, memiliki pemikiran dan logika yang sangat dalam.

    Cobalah luangkan waktu utk membaca buku2 hadis dan ilmu hadis secara lebih dalam, agar kita tidak ikut2an tanpa ilmu dan dasar, dan tidak berpegangan pada kesimpulan informasi yg tidak diteliti secara mendalam. Cobalah sekarang kita bandingkan secara objektif di antara para peliti hadis dan ilmu hadis. Insya Allah kita akan mendapatkan ilmu dan informasi baru tentangnya, tidak itu2 saja dari dulu hingga sekarang.

    Berikut ini salah satu hadis ttgnya:

    حدثنا علي بن أحمد بن عبد الله بن أحمد بن أبي عبد الله البرقي عن أبيه عن جده عن ابن فضال عن مروان بن مسلم عن الصادق جعفر بن محمد عن أبيه عن آبائه ع قال قال رسول الله ص شعبان شهري و رمضان شهر الله فمن صام من شهري يوما وجبت له الجنة و من صام منه يومين كان من رفقاء النبيين و الصديقين يوم القيامة و من صام الشهر كله و وصله بشهر رمضان كان ذلك توبة له من كل ذنب صغير أو كبير و لو من دم حرام
    (Fadhail Al-Asyhur: 35, hadis ke 32)

    حدثنا أبو محمد عبدوس بن علي بن العباس الجرجاني في منزله بسمرقند قال أخبرنا أبو العباس جعفر بن محمد بن مرزوق السعراني قال حدثنا عبد الله بن سعيد الطائي قال حدثنا عباد بن صهيب عن هشام بن حيان عن الحسن بن علي بن أبي طالب ع قال قالت عائشة في آخر حديث طويل في ليلة النصف إن رسول الله ص قال في هذه الليلة هبط علي حبيبي جبرئيل ع فقال لي يا محمد مر أمتك إذا كان ليلة النصف من شعبان أن يصلي أحدهم عشر ركعات في كل ركعة يتلو فاتحة الكتاب و قل هو الله أحد عشر مرات ثم يسجد و يقول في سجوده اللهم لك سجد سوادي و جناني و بياضي يا عظيم كل عظيم اغفر ذنبي العظيم و إنه لا يغفر غيرك يا عظيم فإذا فعل ذلك محا الله عز و جل اثنين و سبعين ألف سيئة و كتب له من الحسنات مثلها و محا الله عز و جل عن والديه سبعين ألف سيئة
    (Fadhail Al-Asyhur: 65, hadis ke 47)


    Jika telah meyakini keshahihan hadis ttg keutamaan bulan Sya’ban dan amalannya, keutamaan Nishfu Sya’ban dan amalannya, maka amalan dan doa2nya dapat kita kopi dari:
    http://islampraktis.wordpress.com

    Wassalam
    Ifadah

     
Post a Comment
<< Home
 
PMRAM

Photobucket

ARTIKEL MANHAL
ARKIB MANHAL
HIKMAH BICARA

AKHBAR
MAHASISWA
LAMAN PILIHAN
ILMIAH
PENGUNJUNG
web counter
UNDI
Ukhwah.com :: Top Blog
iLuvislam.com Top Blog
ZIARAH